Sunday, December 5, 2010

Majlis Perasmian Karnival Prorgam Semai Bakti

Tarikh: 4/12/2010 (Sabtu)
Tempat: Stadium Titiwangsa
Masa: 8.00 pagi- 10.30 pagi

Merujuk kepada perkara di atas, mohon jasa baik saudara/ saudari yang mempunyai kelapangan. sila hadirkan diri dengan beruniform lengkap ke Majlis Perasmian Karnival Program Semai Bakti oleh YAB PM pada 4 Disember2010, jam 8 pagi di Stadium Titiwangsa.

seramai 14 orang ahli pengakap terdiri daripada Pemimpin, Kelana, Pengakap Remaja telah hadir ke majlis ini bagi memberi sokongan. pelbagai persembahan menarik diadakan. antaranya, Dikir Barat dari Kumpulan Mahasiswa UiTM, Pancaragam dari Kumpulan DBKL dan St. John Institution. turut dibuka pelbagai gerai. antaranya, gerai kraf tangan hasil kreatif golongan OKU, gerai barangan perhiasan diri, gerai tudung dan banyak lagi. setiap kumpulan yang hadir, mendapat kupon makanan KFC, MCDONALDS, WALLS secara percuma.

























No comments:

Post a Comment

Mengenai Duta Rovers

Duta Rovers ditubuhkan hasil gabungan ahli-ahlinya yg datangnya dari pelbagai unit beruniform iaitu Pengakap,Kadet Remaja Sekolah dan Kadet Bomba disertai juga oleh Lembaga Pengawas. Penubuhannya bertujuan untuk memajukan pasukan pengakap terutama bagi Daerah Wangsa Maju. Ini kerana anggota-anggota Duta Rovers mempunyai pelbagai pengalaman dan kemahiran hasil gabungan buah fikiran anngota-anggota Duta Rovers yg b'lainan unit b'uniform pada awalnya. Duta Rovers telah merancang pelbagai aktiviti untuk pendedahan awal ahli-ahli pengakap daerah wangsa maju khasnya.Diucapkan ribuan terima kasih kepada Pesuruhjaya Daerah Wangsa Maju, Encik Rashid yang merupakan tunggak kepada penubuhan pasukan ini. Tahniah juga kepada anggota-anggota awal Duta Rovers yang berjaya merealisasikan perancangan untuk menubuhkan dan sehingga sekarang pergerakan Duta Rovers tidak berhenti begitu sahaja.Pelapis-pelapis yang baru juga menunjukkan komitmen yang begitu memberangsangkan.Matlamat utama di dalam Duta Rovers,ingin melahirkan warga yang berjaya sehingga mencapai BP AWARD dimana,kelana-kelana semua inginkan.Terima kasih kepada semua yang memberi sokongan kepada krew Duta Rovers.Selamat Maju Jaya kepada semua