Thursday, December 23, 2010

Pengembaraan Kelana Keramat (Johor dan Melaka)
























Pengembaraan ini diadakan adalah untuk melengkap salah satu lencana yang terdapat skim pengakap kelana. Seramai 20 orang terlibat dalam pengembaraan ini yang terdiri daripada Duta Rovers, Kaimaera Rovers dan Jaguar Rovers. Kekuatan ahli Duta Rovers adalah seramai 9 orang. Pengembaraan yang mengambil masa selama tiga hari ini bermula dari 17 Disember hingga 19 Disember. Antara tempat menarik yang berjaya diterokai ialah, Dataran Batu Pahat, Pantai Minyak Beku, Dataran Pahlawan, Perigi Hang Tuah, Perigi Portugis dan Makan Tun Teja. Bahan bukti dikumpul bagi setiap tempat yang diterokai. Contoh bahan bukti, cop, tandatangan dan gambar. Temubual juga dijalankan untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang sejarah tempat yang diterokai. Perjalanan berjalan dengan lancar dan selamat.

Friday, December 17, 2010

100th year Bangsar District Camporee Carnival



















Karnival Kempori Daerah Bangsar ini diadakan sempena menyambut kepengakapan Daerah Bangsar yang ke 100 tahun. Aktiviti kempori berlangsung 10 hingga 12 Disember 2010. Aktiviti karnival kempori tersebut berlangsung pada 11 Disember 2010 iaitu pada kedua dari. Bayaran RM5 dikenakan untuk masuk ke karnival tersebut. Aktiviti bermula selepas acara pembukaan berlangsung. Sebanyak 25 aktiviti disediakan. Antaranya, terompah gergasi, penalty kick, baseball, layang- layang, plaster cast, ikatan, panjat pokok, helikopter, pakaian seragam, ukiran sabun, yoyo, diabolo, menganyam ketupat, membaca peta dan pelbagai lagi. Setiap pengunjung yang hadir diwajibkan membuat sekurang- kurangnya 20 aktiviti untuk mendapatkan lencana karnival kempori tersebut. Di sebelah malam pula, diadakan acara malam unggun api. karnival kempori ini diadakan di SMK Victoria.

Sunday, December 5, 2010

Majlis Perasmian Karnival Prorgam Semai Bakti

Tarikh: 4/12/2010 (Sabtu)
Tempat: Stadium Titiwangsa
Masa: 8.00 pagi- 10.30 pagi

Merujuk kepada perkara di atas, mohon jasa baik saudara/ saudari yang mempunyai kelapangan. sila hadirkan diri dengan beruniform lengkap ke Majlis Perasmian Karnival Program Semai Bakti oleh YAB PM pada 4 Disember2010, jam 8 pagi di Stadium Titiwangsa.

seramai 14 orang ahli pengakap terdiri daripada Pemimpin, Kelana, Pengakap Remaja telah hadir ke majlis ini bagi memberi sokongan. pelbagai persembahan menarik diadakan. antaranya, Dikir Barat dari Kumpulan Mahasiswa UiTM, Pancaragam dari Kumpulan DBKL dan St. John Institution. turut dibuka pelbagai gerai. antaranya, gerai kraf tangan hasil kreatif golongan OKU, gerai barangan perhiasan diri, gerai tudung dan banyak lagi. setiap kumpulan yang hadir, mendapat kupon makanan KFC, MCDONALDS, WALLS secara percuma.

























Mengenai Duta Rovers

Duta Rovers ditubuhkan hasil gabungan ahli-ahlinya yg datangnya dari pelbagai unit beruniform iaitu Pengakap,Kadet Remaja Sekolah dan Kadet Bomba disertai juga oleh Lembaga Pengawas. Penubuhannya bertujuan untuk memajukan pasukan pengakap terutama bagi Daerah Wangsa Maju. Ini kerana anggota-anggota Duta Rovers mempunyai pelbagai pengalaman dan kemahiran hasil gabungan buah fikiran anngota-anggota Duta Rovers yg b'lainan unit b'uniform pada awalnya. Duta Rovers telah merancang pelbagai aktiviti untuk pendedahan awal ahli-ahli pengakap daerah wangsa maju khasnya.Diucapkan ribuan terima kasih kepada Pesuruhjaya Daerah Wangsa Maju, Encik Rashid yang merupakan tunggak kepada penubuhan pasukan ini. Tahniah juga kepada anggota-anggota awal Duta Rovers yang berjaya merealisasikan perancangan untuk menubuhkan dan sehingga sekarang pergerakan Duta Rovers tidak berhenti begitu sahaja.Pelapis-pelapis yang baru juga menunjukkan komitmen yang begitu memberangsangkan.Matlamat utama di dalam Duta Rovers,ingin melahirkan warga yang berjaya sehingga mencapai BP AWARD dimana,kelana-kelana semua inginkan.Terima kasih kepada semua yang memberi sokongan kepada krew Duta Rovers.Selamat Maju Jaya kepada semua