Friday, December 17, 2010

100th year Bangsar District Camporee Carnival



















Karnival Kempori Daerah Bangsar ini diadakan sempena menyambut kepengakapan Daerah Bangsar yang ke 100 tahun. Aktiviti kempori berlangsung 10 hingga 12 Disember 2010. Aktiviti karnival kempori tersebut berlangsung pada 11 Disember 2010 iaitu pada kedua dari. Bayaran RM5 dikenakan untuk masuk ke karnival tersebut. Aktiviti bermula selepas acara pembukaan berlangsung. Sebanyak 25 aktiviti disediakan. Antaranya, terompah gergasi, penalty kick, baseball, layang- layang, plaster cast, ikatan, panjat pokok, helikopter, pakaian seragam, ukiran sabun, yoyo, diabolo, menganyam ketupat, membaca peta dan pelbagai lagi. Setiap pengunjung yang hadir diwajibkan membuat sekurang- kurangnya 20 aktiviti untuk mendapatkan lencana karnival kempori tersebut. Di sebelah malam pula, diadakan acara malam unggun api. karnival kempori ini diadakan di SMK Victoria.

No comments:

Post a Comment

Mengenai Duta Rovers

Duta Rovers ditubuhkan hasil gabungan ahli-ahlinya yg datangnya dari pelbagai unit beruniform iaitu Pengakap,Kadet Remaja Sekolah dan Kadet Bomba disertai juga oleh Lembaga Pengawas. Penubuhannya bertujuan untuk memajukan pasukan pengakap terutama bagi Daerah Wangsa Maju. Ini kerana anggota-anggota Duta Rovers mempunyai pelbagai pengalaman dan kemahiran hasil gabungan buah fikiran anngota-anggota Duta Rovers yg b'lainan unit b'uniform pada awalnya. Duta Rovers telah merancang pelbagai aktiviti untuk pendedahan awal ahli-ahli pengakap daerah wangsa maju khasnya.Diucapkan ribuan terima kasih kepada Pesuruhjaya Daerah Wangsa Maju, Encik Rashid yang merupakan tunggak kepada penubuhan pasukan ini. Tahniah juga kepada anggota-anggota awal Duta Rovers yang berjaya merealisasikan perancangan untuk menubuhkan dan sehingga sekarang pergerakan Duta Rovers tidak berhenti begitu sahaja.Pelapis-pelapis yang baru juga menunjukkan komitmen yang begitu memberangsangkan.Matlamat utama di dalam Duta Rovers,ingin melahirkan warga yang berjaya sehingga mencapai BP AWARD dimana,kelana-kelana semua inginkan.Terima kasih kepada semua yang memberi sokongan kepada krew Duta Rovers.Selamat Maju Jaya kepada semua