Sunday, April 10, 2011

Riadah Duta Rovers 9-10 April 2011 (Kemensah Chalet & Waterfall)

        Seramai 25 orang telah menghadiri Riadah Duta Rovers.Tujuan riadah ini diadakan untuk merapatkan hubungan silaturrahim antara krew kelana 'D' yang baru dan yang lama. Riadah bermula pada jam 2 petang (9/4/2011) dan berakhir pada jam 1 petang (10/4/2011).Antara aktiviti yang dijalankan seperti "BBQ,ICE BREAKING & UNGGUN API". Dan di samping itu juga diadakan perbincangan antara krew dengan pemimpin.Tahniah dan terima kasih kepada semua yang  terlibat dalam aktiviti Riadah Duta Rovers ini.





 Di samping itu juga dengan adanya aktiviti riadah ini, ianya dapat memupuk semangat berpasukan dan juga semagat bekerjasama dan tolong-menolong di antara satu sama lain selain mementingkan diri sendiri. Ianya juga dapat memupuk jiwa-jiwa yang murni di dalam satu pertalian persahabatn yang kuat.




















No comments:

Post a Comment

Mengenai Duta Rovers

Duta Rovers ditubuhkan hasil gabungan ahli-ahlinya yg datangnya dari pelbagai unit beruniform iaitu Pengakap,Kadet Remaja Sekolah dan Kadet Bomba disertai juga oleh Lembaga Pengawas. Penubuhannya bertujuan untuk memajukan pasukan pengakap terutama bagi Daerah Wangsa Maju. Ini kerana anggota-anggota Duta Rovers mempunyai pelbagai pengalaman dan kemahiran hasil gabungan buah fikiran anngota-anggota Duta Rovers yg b'lainan unit b'uniform pada awalnya. Duta Rovers telah merancang pelbagai aktiviti untuk pendedahan awal ahli-ahli pengakap daerah wangsa maju khasnya.Diucapkan ribuan terima kasih kepada Pesuruhjaya Daerah Wangsa Maju, Encik Rashid yang merupakan tunggak kepada penubuhan pasukan ini. Tahniah juga kepada anggota-anggota awal Duta Rovers yang berjaya merealisasikan perancangan untuk menubuhkan dan sehingga sekarang pergerakan Duta Rovers tidak berhenti begitu sahaja.Pelapis-pelapis yang baru juga menunjukkan komitmen yang begitu memberangsangkan.Matlamat utama di dalam Duta Rovers,ingin melahirkan warga yang berjaya sehingga mencapai BP AWARD dimana,kelana-kelana semua inginkan.Terima kasih kepada semua yang memberi sokongan kepada krew Duta Rovers.Selamat Maju Jaya kepada semua