Maka satu aktiviti untuk menyempurnakan Lencana Ekstrem (Pengakap Kelana) dan Pengembaraan (Pengakap Remaja) telah dirangka oleh Pasukan Latihan Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Keramat.
Lokasi pilihan adalah di Hutan Simpan Gunung Stong, Taman Negeri Kelantan (juga dikenali sebagai Jelawang Jungle dikalangan pelancung asing). Di lokasi ini tersembunyi pelbagai khazanah alam yang jarang disaksikan di tempat lain dan telah menambat hati ramai pencinta alam semulajadi dari seluruh dunia. Di sini juga terdapat satu litar permatang gunung yang menyambungkan puncak-puncak (Gng. Stong, Gng. Ayam, Gng. Tera, Gng. Saji, Gng. Kok, Gng. Baha, Gng. Menyelit dan Gng. Che Tahir) yang menjadi idaman para pendaki gunung amatur dan profesional untuk menjejakinya.
Formasi batu batan yang berusia 100 juta tahun di sini menyediakan trek hutan yang berbagai dan mencabar ketahanan minda dan fizikal sesiapa sahaja yang mengunjunginya. Di kompleks Gunung Stong juga terdapat gua-gua batu kapur yang sesuai untuk diterokai dan dihayati keajaibannya. Gunung Ayam (1504 metre) dan Gunung Stong (1422 metre) mengalirkan air di celah lereng dan cenuramnya dan membentuk rangkaian 7 tingkat air terjun di Sungai Jelawang, salah satunya diperakui tertinggi di Asia Tenggara dengan ketinggian 990 metre.
-DC Halim Yaacob
Syarat-syarat Penyertaan :
1. Ahli Pengakap Kelana / Pengakap Remaja yg berdaftar dlm Derah Keramat.
2. Melengkapkan Borang penyertaan dan borang perakuan dan menghantarkannya kepada
ADC Latihan Daerah / Setiausaha Latihan Daerah sebelum atau pada 22 Januari, 2011.
3. Membuat bayaran pendahuluan sebanyak RM50.00 sebagai pengesahan penyertaan atau
bayaran penuh sebanyak RM80.00 (no. akaun akan diberitahu kemudian).
4. Menghadiri perjumpaan yang berkaitan sebelum perlaksanaan program (tarikh dan tempat
akan diberitahu kemudian.
Tentatif Program :
1 Februari 2011 (Selasa)
Jam 2000 - Berkumpul di Gate B Stesyen keretapi Sentral Kuala Lumpur.
- Taklimat pergerakan pembahagian kumpulan & pengagihan peralatan.
Jam 2130 - Bertolak ke Dabong, Kelantan menaiki Koc Event yang ditempah khas pada Train Ekspres Wau.
2 Februari 2011 (Rabu)
Jam 0900- Tiba di Dabong.
Jam 0930- Bertolak ke pintu masuk Taman Negeri Kelantan (Perdana Stong Resort)
Jam 1000- Tiba di Perdana Stong Resort.
- Taklimat pergerakan.
Jam 1030- Memulakan pendakian.
Jam 1230- Tiba di Kem Baha (permulaan Air terjun Stong).
- Makan tengahari.
Jam 1400- Bertolak ke Kem Betau (CP1).
Jam 1630-Tiba di Kem Betau.
- Mengemaskan Kem.
- Makan malam / rehat.
3 Februari 2011 (Khamis)
Jam 0800-Bertolak ke Gunung Baha (CP2).
Jam 1200-Tiba di Gunung Baha.
Jam 1300- Bertolak ke Gunung Ayam.
Jam 1500- Tiba di Puncak gunung Ayam (1504 metre).
- bermalam di puncak.
4 Februari 2011 (Jumaat).
Jam 0800- Bertolak ke Gunung Stong.
Jam 0945- Tiba di Puncak Gunung Stong (1422 metre).
Jam 1030- Bertolak ke Gua Bogor (CP5)
Jam 1230- Tiba di Gua Bogor.
- Makan tengahari.
Jam 1400- Bertolak ke Kem Baha
Jam 1630-Tiba di Kem Baha.
-Bermalam di Kem Baha.
5 Februari 2011 (Sabtu)
Jam 0800- Bertolak ke Kompleks Gua Ikan.
Jam 1000- Tiba di Gua Ikan.
- Meneroka Gua Ikan, Gua Batu Susun, Gua Keris dan Gua Pagar.
Jam 1700-Bertolak ke Dabong
Jam 2200- Bertolak pulang ke Kuala Lumpur menaiki Train Ekspres Wau.
6 Februari 2011 (Ahad)
Jam 0930-Tiba di Stesyen Sentral Kuala Lumpur.
- Ekspedisi Tamat-
No comments:
Post a Comment